Kami amat teruja untuk mengalu-alukan kedatangan semua orang ke laman web Alpari International yang serba baru ini! Tahun baru memerlukan permulaan yang baru dan kami begitu teruja untuk berkongsi segala perubahan yang telah dilakukan dan yang bakal dilakukan tidak lama lagi.
Mungkin ada daripada anda yang sudah sedia maklum bahawa Alpari International telah mengalami beberapa pengubahsuaian sejak kebelakangan ini – dan perubahan yang paling ketara sekali adalah penampilan baru Alpari.org! Dengan laman web yang kini lebih pantas dan mudah untuk dinavigasi, kami berharap agar anda dapat menikmati semua promosi baru, syarat dagangan, pilihan akaun dan banyak lagi manfaat yang kami tawarkan.
Manfaat terbaru buat pedagang Alpari International termasuk:
Pasukan kami sedang bekerja keras di sebalik tabir bagi memastikan sebuah peralihan yang lancar, justeru kami ingin mengingatkan pemegang akaun demo kami akan satu perkara.
Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah untuk log masuk ke akaun demo anda, ia mungkin berlaku disebabkan oleh perubahan yang dilakukan terhadap pelayan. Pada kali pertama anda log masuk ke akaun demo anda di MetaTrader, anda perlu menukar pelayan kepada “Alpari-Trade02”. Sekiranya anda log masuk ke pelayan lama “(Alpari-Trade)”, anda mungkin menghadapi masalah apabila akaun anda berada dalam mod beku atau bersih.
Untuk pedagang lain, selain daripada perubahan terhadap laman web yang serba baru serta kelebihan lain yang lumayan, semuanya sama seperti sedia kala. Akaun dagangan anda dan kandungan portal pengurusan MyAlpari anda akan kekal aktif dan berfungsi seperti biasa.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi pasukan sokongan pelanggan global kami. Kami sentiasa berbesar hati untuk membantu anda sama ada melalui telefon, live chat atau e-mel.
Berminat untuk menyertai Alpari International? Buka akaun hari ini dan mula nikmati manfaat daripada peneraju dagangan yang dipercayai dan inovatif.