Alpari International telah mewujudkan Alpari CopyTrade sebagai jalan singkat ke pasaran. Pelabur memilih Pengurus Strategi yang sesuai untuk diikuti dan memasukkan dana ke akaun mereka – kemudian Pengurus Strategi dan perisian salin dagangan kami akan menguruskan tindakan selanjutnya. Pengurus mengawasi pasaran dan merancang dagangan mereka. Akaun Pelabur secara automatik menyalin dagangan tersebut dan kedua-dua pihak mendapat manfaat apabila prestasi Pengurus Strategi positif.
Jika anda mengikuti Pengurus Strategi, maka anda ialah Pelabur. Manfaat utama sebagai Pelabur ialah anda boleh mendapat untung daripada pasaran, walaupun anda tiada masa atau tidak yakin untuk berdagang sendiri. Ini merupakan cara yang terbaik untuk mendapatkan kemahiran daripada pedagang yang lebih berpengalaman manakala portfolio anda boleh berkembang. Anda boleh memasukkan dana ke akaun anda dan mula melabur dengan serendah $100.
Pengurus Strategi memanfaatkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang telah mereka bangunkan untuk kemungkinan menghasilkan wang tambahan daripada mana-mana kedudukan mereka yang menguntungkan. Sebagai pulangan kerana mengikuti strategi mereka, Pelabur membayar peratusan daripada keuntungan yang mungkin terhasil (bahagian untung) kepada Pengurus Strategi tersebut.
Mudah sahaja untuk menghentikan akaun Pelaburan anda untuk sementara waktu. Klik pada butang 'Jeda' - semua kedudukan akan ditutup dengan serta-merta.
Untuk meneruskan semula akaun Pelaburan anda, klik 'Teruskan' – tindakan ini membuka semua kedudukan yang dibuat oleh Pengurus Strategi anda pada harga pasaran semasa.
Ingatlah: Jika aras margin Pengurus Strategi anda di bawah 100%, akaun Pelaburan anda tidak akan dibuka semula.
Sebagai bayaran untuk prestasi yang positif, Pengurus Strategi mengambil peratusan daripada untung yang terhasil daripada strategi dagangan mereka yang berjaya – ini ialah bahagian untung. Bahagian untung diambil 30 hari selepas deposit Pelabur. Peraturan tahap yang lebih tinggi berlaku jika akaun Pengurus Strategi ditutup atau dikeluarkan. Begini caranya: bayangkan seorang Pelabur membuat deposit sebanyak $10,000 dan Pengurus Strategi menghasilkan untung sebanyak 50%. Pengurus Strategi telah menetapkan bahagian untung sebanyak 20%, oleh itu pelabur perlu membayar $1,000 (20% daripada untung $5,000). Jika akaun Pengurus Strategi mengalami kerugian pada bulan satu dan ekuiti Pelabur menurun kepada $9,000, Pengurus Strategi tidak akan menerima sebarang pampasan. Tetapi, jika akaun tersebut menunjukkan keuntungan pada bulan dua dan Pelabur melihat ekuiti mereka meningkat kepada $11,000, maka bahagian untungnya ialah $200 (iaitu, 20% daripada $1,000).
Pelabur boleh menetapkan had untuk melindungi pelaburan mereka daripada kerugian yang besar – ini dikenali sebagai aras perlindungan. Apabila modal dalam akaun Pelabur mencapai aras ini, semua kedudukan akan ditutup secara automatik atau pemberitahuan akan dihantar kepada Pelabur yang kemudiannya boleh menutup kedudukan itu.
Ini ialah tempoh selama 30 hari antara Pelabur mula-mula membuat deposit dan bahagian untung dibayar kepada Pengurus Strategi. Ingatlah, bayaran ini hanya akan berlaku jika akaun Pelabur menguntungkan berbanding selang yang lalu.
Pada akhir selang bayaran, tarikh bayaran ialah hari bahagian untung dibayar ke akaun Pengurus Strategi.
Jika anda inginkan lapisan perlindungan tambahan terhadap dana anda, ciri mod selamat boleh menjadi pilihan yang baik untuk anda. Mod selamat mengurangkan pelaburan anda sebanyak separuh. Contohnya, jika seorang Pelabur telah mendepositkan $10,000 dan strategi yang mereka ikuti menghasilkan kerugian sebanyak 20%, pelabur biasanya kerugian $2,000 (20% daripada $10,000). Dengan mod selamat, mereka hanya akan kerugian sebanyak $1,000. Penting untuk diingati bahawa had ini juga mempengaruhi prestasi yang baik, oleh itu mana-mana potensi untung juga akan mengalami pengurangan sebanyak 50% apabila menggunakan mod selamat.
Ini mewakili jumlah aktiviti dagangan dalam akaun Pelaburan dibandingkan dengan akaun Strategi dan pilihan mod selamat. Apabila mod selamat dihidupkan, pekali pelaburan tidak boleh melebihi 0.5, bermakna hanya separuh daripada dagangan Pengurus Strategi akan disalin oleh akaun Pelaburan. Langkah ini mengurangkan potensi kerugian dan keuntungan yang dihadapi oleh akaun Pelaburan. Apabila mod selamat dimatikan, pekali ialah 1 dan akaun Pelaburan berhadapan dengan risiko dan ganjaran yang sama seperti akaun Strategi. Ingatlah, semua nilai ialah anggaran dan faktor Pekali Pelaburan anda boleh kurang daripada yang anda pilih.
Kami menentukan kedudukan Pengurus Strategi berdasarkan beberapa faktor. Pulangan keseluruhan (ditolak bahagian untung) merupakan pertimbangan penting yang jelas, tetapi begitu juga:
Tahap risiko – jika terdapat dua atau lebih Pengurus Strategi dengan pulangan yang sama, pengurus yang berisiko lebih rendah akan mempunyai kedudukan yang lebih tinggi.
Peratusan penurunan – lebih rendah penurunan, lebih tinggi kedudukannya.
Hari buka – lebih banyak hari bagi aktiviti dagangan, lebih tinggi kedudukannya.
Pulangan Bulanan – kami mempertimbangkan aktiviti bagi tempoh 30 hari yang terakhir dalam pengiraan kedudukan kami tetapi dengan kadaran yang kurang berat.
Populariti Pengurus Strategi ditentukan mengikut bilangan Pelabur yang mengikuti mereka dan jumlah keseluruhan dana yang dilaburkan dalam akaun Strategi mereka.
Ini menunjukkan tahap risiko Pengurus Strategi. Pengurus yang toleransi risikonya paling rendah dikelaskan sebagai 'konservatif', manakala pengambil risiko yang besar sebagai 'agresif'.
Ini ialah purata, bagi satu tempoh masa, semua pulangan harian positif dan negatif Pengurus Strategi. Lebih tinggi ketaktentuan, lebih berisiko Pengurus Strategi tersebut.
Ini ialah keuntungan harian purata (dalam peratus) yang terhasil daripada semua hari yang berjaya (menguntungkan) pada akaun Pengurus Strategi.
Ini ialah kerugian harian purata (dalam peratus) yang terhasil daripada semua hari yang kerugian (tidak menguntungkan) pada akaun Pengurus Strategi.
Ini ialah peratusan keuntungan dan kerugian purata bagi Pengurus Strategi.
Nisbah Sharpe menunjukkan hubungan antara risiko dan pulangan bagi membantu anda membuat keputusan tentang risiko yang sesuai untuk pelaburan anda. Nilai ini dianggarkan melalui perbandingan antara prestasi dagangan Pengurus Strategi dengan risiko yang diambil. Pengurus yang mempunyai nisbah Sharpe yang lebih tinggi secara umumnya mungkin mempunyai lebih banyak kejayaan dengan pendedahan risiko yang kurang.
Dengan mempertimbangkan penurunan maksimum, faktor pemulihan akaun Strategi menunjukkan keberkesanan keseluruhan aktiviti Pengurus Strategi. Jika faktor pemulihan ialah negatif, strategi tersebut belum pulih daripada Penurunan Maksimum.
Ini ialah peratusan kerugian terbesar yang dialami oleh portfolio tersebut dengan melabur dalam Pengurus Strategi. Ia merupakan perbezaan antara hasil yang paling tinggi dan paling rendah bagi strategi pada tempoh masa tertentu.