Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.
Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.

Panduan Pedagang Baru kepada Dagangan Forex

Tidak pasti di mana hendak bermula? Biarkan panduan kepada dagangan forex untuk membantu anda.

imej pengenalan

Pasukan Alpari International sentiasa bertungkus lumus dalam menyediakan pengalaman dagangan forex terbaik, sama ada kepada pelabur bermusim atau pun mereka yang baru sahaja menceburi pasaran forex. Sekiranya anda baru sahaja mengambil bahagian dalam pasaran ini, atau anda sekadar ingin melakukan ulang kaji, panduan kepada dagangan ini direka khas untuk memperhalusi setiap istilah dan menjawab persoalan yang sering dikemukakan oleh pedagang.

Dengan panduan ini, anda akan dapat melakukan dagangan dengan lebih pantas dan lebih yakin tidak lama lagi.

Apakah forex

Apakah forex?

Apakah dagangan forex

Apakah dagangan forex?

Apakah broker forex

Apakah yang dilakukan oleh broker forex?

Apakah forex?

Forex adalah singkatan bagi 'foreign exchange' atau tukaran asing (ada kalanya hanya disebut sebagai FX) dan merupakan pasaran dagangan global yang tidak berpusat bagi matawang di seluruh dunia. Pedagang, pelabur, bank dan pasaran tukaran dapat membeli, menjual dan membuat spekulasi terhadap matawang berkenaan dan aktiviti ini akhirnya menjadi penentu kadar tukaran asing.

Apakah dagangan forex?

Dalam forex, semua dagangan dilakukan menerusi pasaran yang dikenali sebagai 'antara bank'. Ini adalah saluran dalam talian di mana dagangan matawang dilakukan 24 jam sehari, 5 hari seminggu. Ada yang menganggarkan bahawa volum dagangan harian ialah sebanyak $5 trilion, yang menjadikannya sebagai salah satu pasaran dagangan terbesar di dunia.

Apakah yang dilakukan oleh broker forex?

Seperti broker lain, broker forex berperanan sebagai ejen yang membantu pedagang untuk mengakses pasaran antara bank yang mengendalikan semua dagangan forex. Alpari International merupakan salah satu daripada broker forex yang terkemuka di dunia. Kami membekalkan opsyen yang berbeza, disesuaikan secara khusus untuk memenuhi keperluan klien kami yang berbeza. Walau apa sahaja matlamat dagangan anda, rangkaian akaun kami telah direka khas untuk berfungsi dengan setiap objektif anda. Anda boleh menyemak lalu akaun dagangan forex di sini dan jika anda baru sahaja hendak bermula, kami syorkan supaya anda membuka akaun demo untuk mula berlatih dan memahami cara melakukan dagangan tanpa mengambil risiko mendagangkan wang sebenar.

Apakah pasangan matawang?

Forex sentiasa melibatkan spekulasi terhadap matawang di antara dua negara. Kedua-dua matawang ini dirujuk sebagai pasangan matawang, dan kedua-duanya terdiri daripada matawang asas dan matawang sebutan. Pasangan matawang yang paling banyak didagangkan antara semua yang lain adalah pasangan Euro terhadap Dolar Amerika, yang biasanya disebut sebagai EUR/USD.

Matawang Asas

Euro
 

EUR

Matawang Sebutan

Dolar Amerika
 

USD

Harga Bida

Jual 1 Euro untuk 1.0916 Dolar AS

1.0916

Harga Tanya

Beli 1 Euro untuk 1.0918 Dolar AS

1.0918

Spread

Harga Tanya - Harga Bida

1.0918 - 1.0916 = 0.0002 (2 pip)

Pip

Harga Tanya - Harga Bida

1.0918 - 1.0916 = 0.0002 (2 pip)

Apakah matawang asas?

Ia merupakan set matawang pertama yang muncul dalam pasangan forex. Ia merupakan matawang yang dibeli atau dijual untuk mendapatkan matawang sebutan. Dalam contoh di atas, EUR adalah matawang asas.

Apakah matawang sebutan?

Ia merupakan set matawang kedua yang muncul dalam pasangan forex dan turut dikenali sebagai matawang lawan. Dalam contoh di atas, USD adalah matawang asas.

Apakah harga tanya?

Ia merupakan harga yang akan diminta oleh pedagang apabila menjual pasangan matawang. Harga tanya sering berubah-ubah dan sering dipengaruhi oleh permintaan pasaran, walaupun ia turut tertakluk kepada faktor ekonomi dan politik yang lain.

Apakah harga bida?

Ia merupakan harga yang sanggup diberikan oleh pedagang untuk membeli pasangan matawang. Harga ini adalah tidak menentu.

Apakah spread?

Spread merupakan angka yang anda perolehi apabila anda menolak harga bida (beli) daripada harga tanya (jual). Perbezaannya adalah terhadap kos dagangan dan nilainya adalah sangat penting kepada pedagang forex. Anda sering mendengar istilah 'spread ketat' yang bermaksud, kos dagangan adalah rendah.

Apakah pip?

Pip merupakan singkatan bagi 'point in price' atau mata dalam harga (yang juga dikenali sebagai 'peratusan dalam mata' dan 'mata faedah harga', oleh sesetengah individu). Untuk menjelaskan fungsinya, kami menggunakan pip untuk mengukur peralihan harga dan perubahan yang berlaku dalam pasangan matawang. Pip biasanya dianggarkan sehingga lima titik perpuluhan.

Dagangan Berisiko

Bagaimana dagangan forex berfungsi?

Dagangan forex dilakukan dengan membeli dan menjual matawang, dengan hasrat untuk menghasilkan keuntungan. Dagangan forex sentiasa melibatkan dua matawang yang berbeza pada masa yang sama, iaitu matawang asas dan matawang sebutan. Perbezaan yang berlaku terhadap harga menjadi penentu kepada keuntungan atau kerugian anda.

Adakah dagangan forex berisiko tinggi?

Sebarang bentuk dagangan mempunyai risiko yang tersendiri dan penting untuk difahami bahawa ia juga dapat membawa keuntungan yang menjadi alasan mengapa ramai orang gemar untuk melakukannya. Sekali lagi, kami amat mengesyorkan anda supaya mula berdagang pada akaun demo terlebih dahulu, lebih-lebih lagi jika anda masih baru dalam dagangan forex. Sebaik sahaja anda bersedia untuk akaun langsung, anda perlu sentiasa mengambil kira risiko yang terlibat.

Apakah kedudukan?

Kedudukan merupakan dagangan yang sedang berlangsung. Dalam dagangan, anda boleh mendapatkan kedudukan panjang dan juga kedudukan pendek:

  • Kedudukan panjang: ini berlaku apabila pedagang membeli matawang dengan jangkaan bahawa harganya akan meningkat. Sebaik sahaja matawang tersebut dijual kembali, kedudukan panjang dianggap sebagai ditutup.
  • Kedudukan pendek: ini berlaku apabila pedagang menjual matawang dengan jangkaan bahawa harganya akan menurun. Sebaik sahaja matawang tersebut dibeli kembali, kedudukan panjang pendek dianggap sebagai ditutup.
EUR/USD - Kedudukan Panjang
EUR/USD - Kedudukan Pendek

Pasangan matawang apakah yang paling popular dalam dagangan forex?

Sementara anda boleh melakukan dagangan dalam hampir semua pasangan matawang, terdapat juga beberapa pasangan yang sentiasa menjadi matawang yang paling banyak didagangkan. Pasangan ini dikenali sebagai pasangan Utama (seperti namanya), yang membentuk sehingga 80% daripada keseluruhan volum dagangan dalam pasaran forex.

Pasangan utama ini sering dikaitkan dengan ekonomi yang stabil sekali gus menawarkan ketidakstabilan yang rendah serta kecairan yang tinggi. Contoh pasangan matawang utama termasuk pasangan EUR/USD yang disebut sebelum ini, USD/JPY (Dolar Amerika dan Yen Jepun), GBP/USD (Pound British dan Dolar Amerika) dan USD/CHF (Dolar Amerika dan Franc Switzerland). Ciri-ciri lain bagi pasangan matawang utama adalah risiko yang lebih rendah untuk dimanipulasi dan spread yang biasanya lebih kecil.

Apakah pasangan matawang silang?

Pasangan matawang silang turut dikenali sebagai Silangan atau pasangan silang serta merupakan pasangan yang tidak melibatkan Dolar Amerika, sekali gus menjadikan pasangan ini lebih tidak stabil dan kurang cair berbanding pasangan matawang Utama. Apabila Dolar Amerika ditampilkan dalam setiap pasangan matawang lain, Silangan lebih menjurus kepada matawang 'minor' seperti EUR, GBP dan seterusnya. Pasangan matawang popular dalam keluarga Silangan termasuklah EUR/GBP, GBP/JPY dan EUR/JPY.

Apakah pasangan eksotik?

Pasangan eksotik atau sekadar Eksotik, merupakan matawang daripada ekonomi yang lebih kecil dan juga pasaran yang sedang membangun. Matawang eksotik biasanya dipadankan dengan dengan matawang utama. Oleh kerana pasangan ini menawarkan kecairan yang paling rendah dan ketidakstabilan yang paling tinggi dalam kalangan ketiga-tiga pasangan, pasangan eksotik dianggap sebagai yang paling berisiko untuk didagangkan.

Contohnya termasuk USD/MXN, GBP/NOK dan CHF/NOK.

Apakah singkatan bagi pasangan matawang yang paling lazim?

Mudah untuk digambarkan, forex bergantung pada singkatan matawang tertentu. Berikut adalah contoh singkatan matawang yang paling lazim disebut:

EUR: Euro

USD: Dolar Amerika

JPY: Yen Jepun

GBP: Pound Britain

CHF: Franc Switzerland

AUD: Dolar Australia

CAD: Dolar Kanada

NXD: Dolar New Zealand

MXN: Peso Mexico

NOK: Krone Norway

DKK: Krone Denmark

CNY: Yuan Renminbi China

Apakah nama gelaran bagi semua pasangan matawang?

Dalam dagangan forex, pelbagai kombinasi pasangan matawang telah membentuk nama gelaran yang tersendiri. Sesetengah pasangan adalah jelas dengan sendirinya, manakala sesetengah yang lain mempunyai perkaitan sejarah yang tersendiri. Perhatikan yang berikut:

UTAMA:

EUR/USD “Fiber”

USD/JPY “Gopher”

GBP/USD “Cable”

USD/CHF “Swissie”

AUD/USD “Aussie”

USD/CAD “Loonie”

NZD/USD “Kiwi”

MINOR:

EUR/GBP “Chunnel”

EUR/JPY “Yuppy”

GBP/JPY “Guppy”

NZD/JPY “Kiwi Yen”

CAD/CHF “Loonie Swissy”

Carta forex

Kebanyakan dagangan forex akan menggunakan carta untuk menggambarkan peralihan yang berlaku dalam pasaran. Carta berkenaan biasanya melibatkan satu daripada tiga jenis carta: Carta Batang Lilin Jepun, Carta Bar dan Carta Garis.

Carta Batang Lilin Jepun,

Carta Carta Batang Lilin Jepun

atau singkatannya Carta Batang Lilin memberikan banyak maklumat penting, menjadikannya sebagai salah satu daripada carta paling popular dalam kalangan pedagang forex. Dengan komponen yang paling ringkas, pedagang dapat melihat harga tinggi, rendah, pembukaan dan penutup pada carta batang lilin.

Carta ini mempunyai tiga titik - titik buka, tutup dan sumbu. Sumbu lilin mewakili julat tinggi kepada rendah dan bahagian yang luas akan menjelaskan kepada pelabur sama ada harga penutup adalah lebih tinggi atau lebih rendah berbanding harga pembuka. Jika ditutup lebih tinggi, batang lilin akan menjadi penuh. Jika ditutup lebih rendah, batang lilin akan menjadi kosong.

Carta Bar

Carta Bar

menunjukkan harga pembuka, penutup, tinggi dan rendah bagi sesuatu matawang. Bahagian atas bar menunjukkan harga paling tinggi yang dibayar, manakala bahagian bawah menunjukkan harga paling rendah yang didagangkan menjelang tempoh waktu berkenaan.

Bar itu sendiri menjadi penanda bagi julat dagangan sesuatu pasangan matawang, manakala garisan melintang menunjukkan, di sebelah kiri, harga pembukaan dan di sebelah kanan, harga penutup.

Carta Garis

Carta Garis

merupakan carta yang paling mudah dalam kalangan tiga graf berkenaan, menjadikannya pilihan kebanyakan pedagang baru forex manakala pedagang yang lebih mahir cenderung untuk menggunakan carta Batang Lilin dan carta Bar. Carta garis sekadar menunjukkan peralihan harga pasangan matawang melalui garisan yang dilakar daripada satu harga penutup kepada harga yang berikutnya bagi suatu tempoh masa yang tertentu.

Bagaimanakah cara untuk saya memulakan dagangan forex?

Di sinilah kami ada untuk anda. Pedagang baru dalam dagangan forex perlu sentiasa mengharapkan broker yang a) dikawal selia dan b) mempunyai rekod baik sekurang-kurangnya lima tahun. Dengan dagangan, anda perlu mendeposit dana untuk melakukan dagangan pertama anda, yang mana dikenali sebagai akaun margin. Oleh yang demikian, anda boleh melakukan sebarang kesilapan awalan yang anda inginkan dalam dagangan forex dalam akaun demo terlebih dahulu, tanpa merisikokan wang sebenar anda sehingga anda menjana lebih banyak keuntungan.

Daftar untuk akaun demo sekarang dan ambil langkah pertama anda ke dalam dunia dagangan forex yang menyeronokkan dan sangat menguntungkan.