Pada myAlpari, pergi ke bahagian Wang Saya dan kemudian pilih halaman Deposit.
Pilih deposit keutamaan anda sebelum mengklik 'Deposit'. Pilih akaun myAlpari atau dompet yang anda ingin depositkan dana anda dan kemudian isikan medan yang diperlukan.
Pada halaman seterusnya, sahkan butiran deposit anda. Penyedia bayaran anda mungkin memerlukan langkah seterusnya.
Halaman Deposit dan Pengeluaran mempunyai butiran tentang masa pemprosesan bagi setiap kaedah pembayaran.
Mungkin terdapat kelewatan masa pemprosesan jika kami perlu menyemak atau mengesahkan maklumat tambahan.
Ingatlah bahawa jika terdapat kelewatan dengan pemproses bayaran pihak ketiga, Alpari International tidak boleh dipertanggungjawabkan.
Jika deposit dibuat pada hujung minggu atau hari cuti bank, deposit itu akan diproses mengikut masa pemprosesan standard bagi setiap kaedah pembayaran.
Terdapat kemungkinan, tetapi anda perlu menghantar e-mel ke [email protected] dengan memberikan sebab anda.
Secara ringkasnya, ya. Tetapi terdapat keperluan tertentu. Jika dana didepositkan melalui akaun bank peribadi pemegang saham dan anda pemegang saham tunggal, maka deposit boleh diproses, tetapi untuk pengeluaran, ia perlu dihantar semula ke akaun bank sama yang digunakan untuk membuat deposit asal itu.
Walau bagaimanapun, jika terdapat beberapa pemegang saham, kami akan memerlukan persetujuan bertulis daripada semua pemegang saham yang terlibat. Apabila kami telah menerima semuanya, dana akan diproses. Jika pengeluaran diminta, dana perlu dikembalikan ke akaun bank sama yang digunakan untuk membuat deposit asal itu.
Kami tidak menerima pemindahan kepada pihak ketiga. Nama pengirim perlu sama seperti nama yang didaftarkan dengan myAlpari.
Ya – anda hanya perlu menghubungi Sokongan Pelanggan atau Jabatan Pentadbiran kami untuk mengurus baki negatif.
Apabila anda menyelesaikan semua langkah dalam "Bagaimanakah cara membuat deposit ke akaun saya?, anda akan dihalakan ke halaman bank anda dan diminta untuk memberikan maklumat lanjut.
Jika ini ialah deposit pertama yang anda buat dengan kad kredit atau debit, anda perlu memuat naik atau meng-e-mel salinan bahagian depan dan belakang kad yang jelas dan berwarna kepada kami untuk memproses permintaan anda.
Kami akan memerlukan maklumat berikut untuk dapat dilihat dengan jelas:
Contoh boleh didapati di bawah:
Jika kad dikaitkan dengan akaun bersama, sila baca bahagian Akaun Bersama.
Apabila anda telah melengkapkan semua yang digariskan dalam ‘Bagaimanakah cara membuat deposit ke akaun saya?’, anda akan dihalakan ke laman web e-Dompet anda untuk meluluskan transaksi anda.
Dalam sesetengah keadaan, e-Dompet mungkin memerlukan butiran tambahan.
Apabila anda telah melalui proses yang digariskan dalam ‘Bagaimanakah cara membuat deposit ke akaun saya?’ butiran lanjut akan diberikan tentang cara untuk meneruskan dengan bayaran dalam talian atau pemindahan daripada akaun bank anda ke akaun bank Alpari International.
Selepas transaksi diselesaikan, anda perlu memuat naik atau meng-e-mel pengesahan bayaran anda yang seharusnya menunjukkan perkara berikut:
Sila ambil perhatian bahawa Alpari International tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk sebarang caj bank tambahan.
Untuk deposit pertama dan selepas melengkapkan langkah-langkah yang digariskan dalam ‘Bagaimanakah cara membuat deposit ke akaun saya?’ anda perlu memuat naik atau meng-e-mel petikan skrin akaun WebMoney anda yang seharusnya menunjukkan perkara berikut:
Anda perlu menghubungi pengurus perkhidmatan akaun khusus anda untuk maklumat langkah demi langkah tentang cara membuat deposit menggunakan penyelesaian pembayaran tempatan.
Sedikit perbezaan pada baki anda mungkin disebabkan oleh caj tambahan yang dikenakan oleh penyedia pembayaran atau bank anda. Jika anda memerlukan penjelasan lanjut tentang perkara ini, hubungi pemproses pembayaran kerana malangnya kami tidak mempunyai akses kepada sistem perkhidmatan pihak ketiga.